Wednesday, 6 July 2011

Pemandangan Kg Buayan

Kawasan sawah padi yang sedang berbuah kelihatan sangat cantik dan indah
serta menambahkan lagi keistemewaan kampung kami


"Usaha komuniti untuk menjadikan alam semulajadi sebagai kemudahan"
lihat gambar diatas ia adalah semua rakit yang dibuat oleh komuniti sendiri untuk memudahkan
komuniti menyeberangi  sungai papar, kerana tidak mempunyai jambatan gantung yang lengkep.

Sungai papar yang bersih dan indah ditambahkan lagi dengan keadaan sekeliling yang penuh
dengan alam semulajadi

Komuniti Kg Buayan

Kanak-kanak sedang bermain dengan alam semulajadi 

Generasi lama bersama dengan generasi baru, walaupun jauh dari bandar tetapi kami
mempunyai keistemewaan tersendiri 

Generasi baru yang akan meneruskan adat budaya & tradis nenek moyang 

Puan Angeline Dingon menunjukkan ikan polian yang telah ditangkap
di sungai papar dengan menggunakan rambat yang telah dibuat oleh komuniti sendiri
Besarkan ikan itu !!!

Tuesday, 5 July 2011

view of Kg Buayan Penampang


Kg Buayan serta seluruh perkampungan di Ulu Papar merupakan sebuah perkampungan yang terpencil yang terletak di Daerah Penampang, ia tidak mempunyai kemudahan jalanraya untuk menghubungkan kampung ke kampung yang lain, komuniti dan juga orang luar terpaksa berjalankaki untuk berjumpa atau melawat di kampung-kampung tersebut. Semua komuniti di Ulu Papar adalah berbangsa Dusun dan beragama kristian RC dan bergantung sepenuhnya dengan alam sekitar untuk mencari rezaki seharian dalam keluarga..
" Sayangilah Kg Buayan Ulu Papar "

Wednesday, 27 April 2011

Kawasan Kg Tiku

Salah satu perkampungan kecil yang terdapat di Kg Buayan, yang merupakan laluan komuniti untuk keluar masuk ke Bandar.


View Untitled in a larger map